Sunday, September 27, 2009

Di kala raya ... kuala perlis

raya aritu aku balik kola. sebelum sampai sana aku singgah di aloq staq umah lama aku. umah dh cat len fuyoo mau juai la katakan :| zzz . takdan sejam pak aku ajak balik terus kola. dia suh aku bawak keta mers yg tersadai tu balik kola kira balik naik 2 keta la. tapi aku maleh memandangkan jumlah minyak yg bakal ditelan oleh enjin mers tu bakal mengopakan wallet aku yg usang tade sen. so aku pon tak nak bawak keta tu. aku pon follow la naik sekali keta pak aku. sampai sana aku berasa seperti insan tak berguna sebab tak kaya2 lg. kak aku dh pakai bmw tp laki dia la beli. aku masih memakai kete subsidi kerajaan ayahanda. sampai mcm besa la duit raya sapa nak kasi aku dh tua bangka mati tamau hidup segan. tapi alhamdulilah tok wan ngan tok aku kasi aku duit raya hahaha. bole la aku membeli cekelat asap nyam2. tap tup tap sepupu aku sampai dia mai nek keta mak tam aku drive sorang2 woo gagah beliau. aku pon berkata aku bosan mahu lepak tepi laut lantas dia mendrive aku ke kola lepak tepi laut. sembang2 dia pon berbicara tentang bisnes. celaka ni byk kontek bisnes tp besa la kita org melayu modai tadak nak start lagu mana. pung pang pung pang dia dok cerita pasai nak buka kedai makan apa tah diselitkan bersama kisah dia dia area rahman putra bersahabat ngan anak m.nasir mentera beradu tuh. sembang2 ternyata line dia mmg kukuh. sambil tu dia berkata kalau kedai tu jadi buka dia mau beli lancer baru tuh. dia berkata dia dah start buka akaun apatah nak apply loan. oleh kerana dia amat berwawasan aku kagum dgn dia. kesempitan hidup memaksa melayu merempat + mengemis di bumi sendiri. aku pon ada selit2 plan aku mana tau bole joint venture. apasal tak start sendiri? jubur anda . hidup penuh ngan hutang ada hati nak terus bisnes sendiri. tution fees nak bayaq pon kena sep duit baju raya tak beli selai pon. hahaha. takpe aku tabah. ok abis bab tu saja nak tulis sini buat diari masa akan datang


new chapter plak


aku pinjam moto tok wan aku ngan sepupu aku round area rumah wakil rakyat kola. pak menakan aku la sapa lg saja nak lalu sekali dia perasan terpaksa la aku turun moto singgah makan laksa dan berbual. aku di offer untuk membuat blog utk dia tapi aku berat hati pasai dia ni barisan nasional. aku ni pakatan rakyat mana mau sengkokol bersama beliau oleh itu aku pon menabur janji palsu kepada pak lang aku hahaha. last2 aku balik kl tak habaq dia hahaha. takpa ada cara lain nak dpt duit ni tunggu tuhan bagi ja kita mai tadah :) hahhaha

lani aku dok ada cyber tgh berfikir mcm mana nak kelentong finance pasal nak unbar. aku ada cash 1k je dlm tgn tu pon hasil simpanan aku semasa raya dan sedikit kerja amal yg aku buat :| . semalam pak aku ada tanya berapa nak pakai tp aku kesian dia dok ngeluh kat mak aku duit mengalir mcm ayaq :| oleh itu aku mengambil keputusan nak pakai duit sendiri . aku rasa dah tua nak mampos bergantung kat org tua. Adik2 dan sahabat2 sekalian jadi la seorang yg kaya raya ... bukan untuk kita tapi utk masa depan anak2 kita nanti. nanti tade la susah mcm aku rasa sekarang. yg nak kawin tu pilih la laki yg berduit skit. yg laki pon sama pilih la pompuan yg kaya rupa paras 2nd pikiaq la. insyallah cerah masa depan dgn izin allah. aku bukan nak berfikaran negative tp ni la kenyataan kehidupan ... sbb aku dh lalui ... tarak tipu dari hati yg ikhlas dan jujur... tu pasal aku lama membujang aku taknak anak2 terseksa ... milestone 40 insyallah ... amin moga tuhan mengmakbulkan segala hajat anda semua amin amin amin ...

ok la aku nak bersiap pi kelentong finance tgk lepas ke tak ... semoga aku berjaya yer kawan2 amin ... bye

1 comment:

  1. Tahniah atas kejayaan kelentong anda sambil wat muka sardin.Tahniah.

    ReplyDelete